Monday, June 1, 2015

10 gambar TEKNOLOGI & INOVASI dalam M E D I C I N E

1) gelang amaran radiasi untuk ibu hamil



Perkembangan pesat masyarakat dan kemajuan teknologi sering kali dikaitkan dengan kerosakan radiasi elektromagnet yang disebabkan oleh produk berteknologi tinggi dan boleh membahayakan perkembangan bayi. Penghasilan gelang penjagaan oleh Gang Wang, Bin Xiao dan Yanyan Cheng yang berfungsi sebagai alat amaran radiasi ini telah direka khas untuk ibu-ibu hamil supaya peka dengan bahaya radiasi kepada kandungan. Alat ini mempunyai peranti pengesanan radiasi yang berfungsi memberi amaran kepada pengguna. Apabila pemakainya berada di kawasan selamat, ia akan berwarna hijau. Sebaliknya jika pemakai tersebut berada di kawasan voltan yang tinggi ia akan menjadi merah jambu dan mula bergetar memberi amaran supaya pemakai tersebut menjauhi sumber radiasi tersebut.


2) electronic cigarette


Rokok elektronik dibuat menggunakan teknologi elektronik di mana rokok ini mengeluarkan asap yang berbeza dengan rokok biase. Asap rokok ini dihasilkan melalui wap air, tidak berbau dan juga tidak menyebabkan gigi menjadi kuning. Rokok ini juga mengeluarkan asap tetapi ianya tidak membahayakan kesihatan kerana ia berasal daripada wap air. Rokok elektronik juga tidak mengandungi bahan2 yang berbahaya seperti yang ditemui dalam rokok-rokok lain.

3) alat pengesan aliran darah



Obesiti merupakan faktor penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta boleh membawa maut. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of  Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti. Alat ini berfungsi untuk mengesan keabnormalan aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ia merupakan punca kepada kerosakan jantung. Dengan alat ini, kerosakan jantung dapat dikesan pada peringkat awal sekurang-kurangnya 2 tahun lebih awal dan rawatan awal dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.

4) stente


Untuk merawat CAD, stent membebaskan ubat yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu membesarkan saluran darah yang tersumbat untuk melancarkan pengaliran darah ke jantung. Teknologi perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat (DES) bukan metalik. Uniknya BVS dihasilkan daripada polylactide, bahan yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut. Memandangkan ia daripada bahan semulajadi, BVS selamat digunakan sebagai implant kerana ia akan larut dalam masa 2 tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.

5) alat untuk memeriksa tekanan darah bersama telefon pintar



I health blood pressure dock adalah salah satu alat yang berfungsi untuk monitor tekanan darah dan denyutan jantung yang digunakan bersama telefon pintar seperti Iphone dan Ipad. Alat ini menolong individu dan ahli keluarga dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan. Ia amat sesuai dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja kerana saiznya yang tidak berat dan besar. Ia boleh dicaj jika kehabisan bateri.

cara penggunaan:
  1. memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda
  2. sambungkan telefon pintar anda dengan dok tersebut
  3. pasangkan cuff tekanan darah di lengan anda
  4. tekan butang mula dalam aplikasi tersebut
  5. bacaan tekanan darah dan denyutan jantung akan keluar menerusi skrin telefon pintar bersama graf

Alat ini amat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah penyakit tekanan darah tinggi. Bagi pesakit ini mereka boleh monitor tekanan darah mereka pada bila-bila masa dan di mana jua sebagai langkah berjaga-jaga jika terdapat tanda-tanda gejala seperti sakit kepala dan pemandangan kabur.



6) tungku elektrik



Produk ini dibuat dari teknologi canggih dan merupakan inovasi terbaru bantal kesihatan. Bahan fabrik bantal ini diperbuat dari bahan anti kuman/bakteria. Ia tidak berbau dan diisi dengan cecair berubat. Bantal ini amat bagus untuk tujuan mengelakkan artritis, sakit mata, servikal vertebra, sakit kepala, sakit gigi, panas badan, sakit leher, bahu, belakang, sakit tulang/otot reumatisme, sakit ketika haid, sakit perut juga sesuai untuk perempuan selepas bersalin.

7) glucogrip



Alat ini adalah konsep kit berteknologi tinggi yang berupaya mengesan kadar gula dalam darah. Ia direka khusus untuk mengurangkan kos perubatan dengan menggabungkan agronomi dan teknologi yang sederhana dan mudah digunapakai. Alat ini menggabungkan Lancing dan penganalisa darah, mengurangkan masa dan gerak untuk pengumpulan melalui salah satu objek di hujung jari anda. Jarum yang digunakan untuk mendapatkan titisan darah tidak meninggalkan kesan kepada kulit. Antara kelebihan menggunakan Glucogrip membolehkan pengguna untuk menggunakannya dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.

8) mint pass




Terdapat pelbagai cara untuk menghalau nyamuk daripada mendekati kita. Antaranya dengan menggunakan penyembur aerosol, ubat nyauk, kelambu dan sebagainya. Namun masalah tersebut tidak pernah selesai. Kini terdapat satu alat yang dikenali dengan nama Mint Pass menjadi salah satu cara yang selamat untuk menghalau nyamuk. Ia tidak memerlukan para pengguna untuk menyalakan api untuk membuatkannya berfungsi. Dengan nyalaan lampu hijau sahaja telah menandakan bahawa alat tersebut telah berfungsi dan ianya sangat berkesan bagi menghalau nyamuk. Oleh itu, demam denggi dapat dielakkan.

9) robot pemanggil automatik



Alat ini juga dikenali sebagai robot tandas. Robot ini mempunyai roda dan dikawal oleh alat pengesan. Jika seseorang terlantar di atas katil dan mahu menggunakan tandas, dia perlu klik pada alat pengesan robot dan tandas pada roda akan segera datang ke sisi katil. Kedua-dua lengan robot ini berfungsi untuk membantu orang yang menggunakannya menyesuaikan diri dan menempatkan dirinya dengan selesa di kerusi tandas. Alat ini amat sesuai kepada warga emas yang mempunyai masalah pergerakan yang terhad/strok. Robot ini juga mempunyai keistimewaan untuk mengenali suara dan mengikut arahan pengguna.

10) prostetik



Mampu menggantikan seluruh atau sebahagian anggota badan yang tiada. Selain itu, teknologi ini berupaya untuk mengubahsuai struktur dan fungsi ciri-ciri sistem skeletal dan neuromaskular. Teknologi ini direka untuk meningkatkan keupayaan hidup bagi individu yang tidak berupaya. Teknologi ini mampu menyediakan sokongan, perlindungan, pencegahan, pengawasan, mobiliti, pengubahsuaian berat dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment